Resepi ayam masak lemak cili api

Ayam masak lemak

Ayam masak lemak cili api sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Kepedasan pada masakannya membuatkan setiap orang yang makan pasti akan berpeluh. Masakan ini selalu dijadikan menu makan tengahari atau makan malam. Dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman pasti dapat membuka selera keluarga. Lebih sedap jika dimakan ketika masih panas-panas. Kepada yang gemar makan pedas, anda mesti cuba resepi yang mudah dan ringkas ini. Kepada mereka yang kurang pula, jangan masukkan cili padi terlalu banyak. Selamat mencuba.

Bahan-bahan (A) bahan kisar

Mula-mula sekali kita akan membuat bahan kisar. Kisarkan semua bahan-bahan sehingga halus. Jika ingin rasa tekturnya yang agak kasar, anda boleh juga tumbuk semua bahan ini. Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan:

  • 20 biji cili padi – boleh kurangkan jika tidak suka pedas
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 batang serai

Bahan (B)

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam masak lemak cili api ialah:

  • Santan pekat
  • Daun kunyit untuk hiasan
  • 1 ekor ayam dibelah lapan
  • Sedikit air asam jawa atau asam keping

Cara memasak

  • Langkah pertama, masukkan semua bahan yang dikasar atau ditumbuk kedalam periuk
  • Tidak perlu menumis
  • Kemudian, tunggu sehingga bahan tadi naik bau yang wangi
  • Masukkan ayam dan biarkan masak seketika. Tutupkan periuk supaya ayam masak dengan sekata
  • Kemudian masukkan santan pekat dan kacau selalu, supaya tidak pecah minyak
  • Masukkan garam dan gula secukupnya
  • Ayam masak lemak cili api siap dihidangkan

Tips

Semasa proses memasak ayam masak lemak, masukkan ayam terlebih dahulu dan bairkan ayam masak bersama dengan bahan-bahan kisar. Kemudian baru masukkan santan pekat. Untuk mengelakkan kuah tadi pecah minyak, letakkan senduk didalam kuali dan sentiasa kacau kuah lemak tadi. Jika suka anda boleh campurkan dengan tomato atau bendi untuk mendapatkan rasa yang lebih enak dalam masakan.

Ayam masak lemak cili padi ialah menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan makan tengahari buat keluarga dan anak-anak. Hiaskan masakan anda dengan hirisan daun kunyit dan cili merah supaya nampak lebih menarik dan menyelerakan. Selamat menjamu selera.

Add new comment