Resepi ayam goreng KFC

Ayam goreng KFC

Sebut sahaja ayam KFC pasti ramai yang mengemarinya tapi masih buntu untuk cari dimana resepi yang mudah dan cepat untuk buat ayam goreng KFC. Kali ini, kami kongsikan resepi kesukaan ramai rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Kepada ibu-ibu diluar sana, jangan risau resepi ayam goreng KFC ini sangat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kepada mereka yang ingin bertukar selera makan, boleh mencuba resepi ini. Ayam goreng KFC dimakan bersama kentang goreng dan coslow memang sangat sedap dan dimakan bersama keluarga pada hujung minggu. Resepi ini sudah diolah dengan cara yang tersendiri, terpulang kepada anda mungkin ada sedikit penambahan dalam resepi dipersilakan. Memasak memerlukan kreativiti dan kemahiran yang tersendiri. Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru. Jangan tunggu lagi, jom kita lihat antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Selamat mencuba.

Bahan-bahan masakan

Berikut adalah bahan-bahan untuk memasak ayam goreng KFC. Antaranya ialah

  • 5 ketul paha ayam – bergantung pada bahagian yang disukai
  • 1 bungkus tepung serbaguna kentucky
  • 1 biji atau 2 biji telur – dibasuh dahulu
  • 3 ulas bawang merah – dihiris atau ditumbuk mengikut selera masing-masing
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara penyediaan

Ikut panduan cara memasak ayam goreng KFC yang telah disediakan dibawah:

  • Lumurkan bawang merah yang dihiris halus atau ditumbuk pada ayam dan perapkan selama 1 jam. Lagi sedap jika diperap semalaman
  • Kemudian, sediakan 2 mangkuk kosong
  • Untuk mangkuk pertama, pecahkan telur dan dikacau rata, manakala untuk mangkuk kedua tuang kan tepung goreng serbaguna kentucky
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tunggu sehingga minyak betul-betul panas
  • Langkah seterusnya, celupkan ayam kedalam telur dan kemudian gaulkan didalam tepung. Pastikan tepung digaul sekata pada setiap bahagian ketulan ayam.
  • Gorengkan ayam didalam minyak yang panas. Untuk bagi ayam masak dengan sekata tutupkan permukaan kuali tadi supaya bahagian dalam ayam masak dengan elok.
  • Apabila sebelah ayam sudah kelihatan kekuningan, terbalikkan ayam kemudian goreng lagi dan tutup kembali permukaan kuali.
  • Masak ayam sehingga salutan tepung garing. Angkat dan toskan minyak
  • Ayam goreng KFC sedia untuk dihidangkan.

Tips

Gunakan minyak yang banyak dan kuali atau periuk yang dalam, supaya ayam tenggelam bila digoreng. Untuk tahu ayam masak dengan elok atau tidak, gunakan garfu atau pisau dan cucuk ke dalam isi ayam. Goreng menggunakan api sederhana dan minyak yang betul-betul panas.

Untuk memikat hati suami dan keluarga, anda harus kreatif dalam penyediaan makanan. Pelbagai resepi yang ada pada masa kini, olahkan sedikit mengikut citarasa masing-masing. Ayam Goreng KFC sedap juga dimakan bersama nasi putih dan lebih sedap dimakan panas-panas. Selamat menjamu selera.

Add new comment