Resepi ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah

Ayam adalah salah satu lauk kegemaran orang Malaysia. Dimasak dengan pelbagai resepi untuk hidangan keluarga. Ayam goreng berempah adalah resepi yang sering dimasak dan sesuai dimakan bersama nasi kukus, nasi putih atau nasi lemak. Hidangan ini sesuai dijadikan menu makan tengahri atau malam. Sedap dimakan panas-panas, kerana rempah ratus yang masih rangup dan garing. Hari ini, saya ingin kongsi satu resepi mudah dan cepat untuk memasak ayam goreng berempah yang sedap dan pasti menaikkan aroma bau yang menyelerakan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan (A)

Langkah pertama, yang perlu anda lakukan untuk memasak ayam goreng berempah ialah, sediakan bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu. Antaranya ialah:

  • 1 ekor ayam dipotong lapan atau empat
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk cili, boleh kurangkan jika tidak suka pedas
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng ayam

Bahan-bahan (B) dikisar halus

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai

Cara memasak

  • Langkah pertama, gaulkan ayam bersama semua bahan memasak kecuali minyak
  • Perapkan ayam beberapa jam
  • Panaskan minyak yang banyak untuk proses mengoreng

Tips

Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, anda boleh perapkan ayam tadi semalam didalam peti ais. Gunakan rempah kari daging faiza kerana rasa rempahnya lebih sedap dan bermutu. Pastikan semua bahan perapan tadi terkena pada keseluruhan ayam. Bagi bahagian dada ayam, belah sedikit isinya supaya bahan-bahan tadi menyerap masuk kedalam isi.

Kesimpulannya, ayam goreng berempah amat digemari terutamanya kanak-kanak. Masa yang diambil untuk memasak ayam goreng berempah bergantung kepada berapa lama proses perapan ayam. Selain itu, bahan-bahan perapan ayam juga mudah didapati. Pasti semua bahan asas yang diperlukan sudah tersedia di dapur. Jika anda sudah mencuba resepi ini, boleh kongsi bersama kami. Selamat menjamu selera.

Add new comment