Resepi ayam golek madu

Ayam golek madu sedap

Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang baru saya belajar. Resepi ini saya belajar dari Internet. Seperti biasa, saya bukan ikut semua resepi yang diberi, saya olah sedikit mengikut citarasa sendiri. Sesedap tekak sendiri nak makan. Resepi ayam golek madu. Resepi yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Mungkin ramai, yang suka makan ayam golek tapi ramai juga yang kata susah sikit nak masak ayam golek. Banyak bahan yang nak guna. Jangan risau, hari ini saya akan selesaikan masalah anda semua.

Seperti biasa, sebelum saya kongsi resepi ayam golek madu ini, saya akn cuba dulu. Kalau sedap, pasti saya akan kongsi. Alhamdullilah, resepi kali ayam golek madu betul-betul menepati citarasa keluarga saya. Kalau anda, nak bakar dalam pemanggang ajaib pun boleh, Cuma tak boleh nak golek-golek ja. Tapi rasanya tetap sama.

Ayuh ikut saya ke dapur untuk lihat antara bahan-bahan yang digunakan dan cara memasak ayam golek madu. Kepada anda yang ingin mencuba resepi ini, semoga Berjaya!

Bahan-bahan ayam golek madu

Berikut adalah bahan-bahan masak ayam golek madu. Kisarkan bahan masakan sehingga halus. Jika anda suka tekstur yang kasar, boleh kisar sekejap saja. Antaranya ialah:

  • 1 ekor ayam – dibersihkan dan ditoskan air sehingga kering.
  • 6 ulas bwang putih – kisar.
  • 3 biji bawang besar – kisar.
  • 6 batang serai – kisar.
  • 2 inci halia – kisar.
  • 2 inci kunyit hidup – kisar.
  • 480g gula pasir – kisar.
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis dan jintan putih – kisar.
  • 2 sudu makan garam.
  • 2 sudu makan madu.

Bahan-bahan untuk sos ayam golek madu

Antara bahan yang digunakan untuk buat sos ayam golek madu ialah. Kisarkan semua bahan sos sehingga halus.:

  • 100ml lebihan bahan perapan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1/4 biji nenas
  • Cara memasak ayam golek madu.

    Ayam golek madu antara resepi yang mudah dan simple untuk disediakan. Berikut adalah cara-cara untuk masak ayam golek madu.

    • Kisarkan semua bahan-bahan perapan sehingga halus.
    • Kemudian, satukan semua bahan yang telah dikasar.
    • Perapkan bersama ayam semalaman. Jika anda kesuntukan masa, boleh perapkan selama 5 atau 6 jam. Lagi sedap jika perap lama.
    • Kemudian, bakar selama 1 jam 30 minit atau sehingga ayam golek madu masak.
    • Ayam golek madu siap untuk dihidangkan.

    Tips

    Jika anda menggunakan pemanggang ajaib, pastikan api jangan terlalu kuat. Sekali sekali boleh disapu bahan perapan tadi diatas ayam supaya ayam tidak terlalu kering. Ayam golek madu sedap juga dimakan bersama nasi putih panas-panas. Untuk simpan ayam didalam peti ais, pastikan simpan didalam bekas tertutup.

    Resepi ayam golek madu ini sedap juga dimakan bersama nasi ayam. Selain itu, sedap juga dimakan begitu sahaja dan cicah dengan sos. Semoga resepi ini menjadi hidangan menu hujung minggu anda. Sediakan bersama salad buah, supaya makanan anda seimbang. Resepi yang cukup mudah, ringkas dan simple. Pastikan anda mencubanya dirumah. Selamat menjamu selera.

    Add new comment