Resepi nasi ayam kukus

Nasi ayam kukus

Nasi ayam merupakan menu makanan pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari raya, rumah terbuka dan majlis-majlis tertentu. Terdapat pelbagai jenis nasi ayam yang popular antaranya nasi ayam hainan, nasi ayam berempah, nasi ayam kukus dan lain-lain. Untuk resepi nasi ayam ada pelbagai cara dan resepi yang diolah tersendiri dalam proses masakan. Hari ini, kami ingin kongsikan resepi nasi ayam kukus yang mudah dan pasti sedap. Kepada kaum ibu, yang ingin mengubah menu makan tegahari untuk keluarga, bolehlah mencuba resepi ini.

Tags: 

Resepi puding coklat sedap

Puding coklat

Resepi puding yang ingin dikongsi kali ini bertemakan coklat. Pasti ramai yang menggemari coklat. Puding coklat ini tidak mengunakan agar-agar atau jeli. Rasanya yang lembut dan manis sangat sedap bila dihidangkan diwaktu tengahari. Teksturnya seperti dadih dan rasa coklat yang banyak membuatkan setiap orang yang makan pasti ingin makan lagi. Oleh kerana ia menggunakan coklat sebagai bahan utama, sudah pasti ia menjadi menu pilihan pencuci mulut anak-anak dan keluarga. Bagi penggemar coklat apa tunggu lagi, mari kita sama-sama cuba resepi puding coklat yang mudah dan sedap ini.

Resepi ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah

Ayam adalah salah satu lauk kegemaran orang Malaysia. Dimasak dengan pelbagai resepi untuk hidangan keluarga. Ayam goreng berempah adalah resepi yang sering dimasak dan sesuai dimakan bersama nasi kukus, nasi putih atau nasi lemak. Hidangan ini sesuai dijadikan menu makan tengahri atau malam. Sedap dimakan panas-panas, kerana rempah ratus yang masih rangup dan garing. Hari ini, saya ingin kongsi satu resepi mudah dan cepat untuk memasak ayam goreng berempah yang sedap dan pasti menaikkan aroma bau yang menyelerakan. Selamat mencuba.

Resepi puding trifle sedap

Puding trifle

Puding ialah antara dessert atau pemanis mulut yang sangat popular. Kali ini kami akan kongsikan satu resepi puding yang sedap iaitu puding trifle. Ia tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk dihasilkan. Puding ini juga sedap dimakan ketika sejuk. Ia boleh dijadikan sebagai buah tangan ketika berkunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai. Bahan-bahan untuk menghasilkan puding ini senang untuk dibeli dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Resepi ayam masak merah berlada

Ayam masak merah

Ayam masak merah sangat terkenal kerana sering dihidangkan sebagai menu utama dirumah kenduri, rumah terbuka dan juadah berbuka puasa. Pelbagai resepi yang ada dan bermacam-macam cara diolah untuk menambah kesedapannya. Ayam masak merah juga sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi briyani, nasi minyak dan nasi putih. Ramai yang menggemari menu ini terutamanya kanak-kanak. Hari ini, kami kongsikan resepi ayam masak merah berlada yang sangat istimewa untuk anda. Selamat mencuba.

Resepi puding sagu mata ikan

Puding

Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang sedap dimakan. Ada yang perlu dimasak dan ada yang boleh dicampur-gaul untuk dimakan begitu saja. Sesetengah pencuci mulut sangat sedap dihidangkan sejuk dan ada yang boleh dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Resepinya mudah untuk disediakan dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Pencuci mulut juga boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu bawa pulang. Selain itu, ramuan yang diperlukan sangat mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Resepi nasi ayam berempah sedap

Nasi ayam berempah yang sangat sedap

Salah satu masakan yang popular di Malaysia ialah nasi ayam berempah. Baunya yang harum pasti membuka selera seisi keluarga terutama anak-anak. Ia sesuai dijadikan hidangan makan tengahari atau makan malam. Ia juga sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos dan sup yang sedap. Disini kami kongsikan resepi nasi ayam berempah yang mudah dan cepat untuk anda mencuba di rumah.

Tags: 

Pages