Resepi cara memasak nasi lemak bonda

Kali ini saya ingin kongsikan resepi nasi lemak bonda kepada anda semua. Ini kerana saya tahu, nasi lemak adalah menu sarapan bagi rakyat Malaysia yang sangat popular. Selain roti canai, nasi lemak adalah menu yang dicari dan dihidangkan setiap pagi. Aroma nasi lemak dapat membangkitkan selera dengan baunya yang harum. Ia merupakan makanan tradisional dan resepi warisan bagi orang melayu.

Resepi cara memasak nasi beriani mudah dan cepat

Nasi beriani

Nasi beriani adalah menu makanan yang selalu dihidangkan semasa rumah terbuka, hari raya, juadah berbuka puasa dan pada majlis kenduri kendara. Selain itu, nasi beriani adalah menu yang terkenal untuk dihidangkan pada majlis perkhawinan. Mungkin kerana aroma masakannya yang wangi dan sedap membuatkan ramai yang menggemarinya. Ramai yang kata nasi beriani agak remeh untuk dimasak kerana menggunakan bahan yang banyak. Jangan bimbang. Kali ini saya kongsikan resepi memasak nasi beriani mudah dan cepat untuk anda cuba.

Resepi ayam masak rendang asam

Rendang ayam

Ayam masak rendang asam adalah resepi kegemaran keluarga saya. Resepi ini saya pelajari dari internet. Nampak menarik dan lain dari lain. Saya cuba sendiri dan ada sedikit penambahan bahan yang saya tambah dalam resepi ini. Penjagaan pemakanan untuk kanak-kanak sangat penting kerana mereka sedang membesar. Bagi kanak-kanak menu tengahari adalah makanan yang sering dinanti-nantikan. Tidak kisah lah sama ada ia menu menumis, menggoreng atau berkuah. Hari ini kami ingin kongsikan satu resepi yang sangat menyelerakan dan mudah disediakan.Ayam adalah lauk yang paling disukai oleh kanak-kanak.

Resepi ikan masak sambal berlada

Ikan masak sambal

Ikan adalah protein yang diperlukan oleh badan manusia. Selain itu, terdapat beberapa jenis ikan yang dijual dipasar dan dimasak dengan pelbagai jenis resepi yang tersendiri. Ikan juga sedap jika digoreng garing dan dimakan bersama dengan nasi putih sahaja. Hari ini, kami ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sangat cepat untuk dimasak. Ia tidak memerlukan masa yang lama seperti masakan lain.

Resepi ayam goreng KFC

Ayam goreng KFC

Sebut sahaja ayam KFC pasti ramai yang mengemarinya tapi masih buntu untuk cari dimana resepi yang mudah dan cepat untuk buat ayam goreng KFC. Kali ini, kami kongsikan resepi kesukaan ramai rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Kepada ibu-ibu diluar sana, jangan risau resepi ayam goreng KFC ini sangat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kepada mereka yang ingin bertukar selera makan, boleh mencuba resepi ini. Ayam goreng KFC dimakan bersama kentang goreng dan coslow memang sangat sedap dan dimakan bersama keluarga pada hujung minggu.

Resepi mudah untuk buat bergedil kentang

Bergedil kentang

Resepi yang mudah dan senang untuk buat bergedil kentang. Kali ini, bergedil ini menggunakan kentang sahaja tidak dicampur dengan ayam atau daging. Terpulang jika suka boleh dicampur dengan ayam atau daging, rasanya lebih sedap. Resepi bergedil kentang ini adalah salah satu menu untuk dihidangkan kepada anak-anak, boleh juga dijadikan menu minum petang pada hujung minggu.

Tags: 

Resepi masak kari ayam mamak

Kari ayam

Kali ini, kami ingin kongsikan satu resepi yang sangat sedap dan pasti menyelerakan buat anda semua iaitu resepi kari ayam mamak yang mudah dan senang untuk disediakan. Sebagai seorang isteri dan ibu sangat penting untuk jaga pemakanan keluarga supaya anak-anak dan keluarga sentiasa sihat. Pemakanan yang sihat dapat membantu anak-anak membesar dengan baik dan cergas.

Pages