Resepi ayam percik simple

Ayam percik simple yang sangat sedap

Hari ini saya kongsikan satu resepi kegemaran ramai iaitu resepi ayam percik simple. Selalu kalau nak makan ayam percik, beli dekat pasar malam. Paling famous masa bulan puasa, mesti ramai yang beli ayam percik sebagai juadah berbuaka puasa. Resepi yang ingin dikongsikan hari ini cukup mudah dan simple untuk disediakan. Anda mesti cuba dirumah sebagai variasi hidangan keluarga. Rasanya lebih sedap dan yang paling penting kebersihannya terjamin. Resepi ayam percik simple ini ialah untuk hidangan 3 orang makan.

Resepi ayam masak lemak cili padi yang sangat sedap

ayam masak lemak cili padi yang sangat lazat dan istimewa

Hari ini saya ingin kongsikan bersama dengan anda satu resepi turun temurun dari keluarga saya. Resepi ayam masak lemak cili padi yang sangat sedap. Bagi mereka yang memang mengemari masakan pedas, anda wajib cuba resepi ini. Resepi yang cukup mudah, semudah abc, tidak menggunakan bahan yang banyak, tapi ia menjanjikan kepedasan dan kesedapan yang sangat berbeza. Bagi anda yang kurang gemar masakan pedas, jika ingin cuba resepi ini, kurangkan cili padi dalam masakan.

Resepi ayam masak lada hitam

ayam masak lada hitam yang sangat sedap

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi ayam masak lada hitam. Resepi ini cukup ringkas untuk disediakan. Sesuai bagi mereka yang penat bekerja seharian, dan ingin masak yang simple tapi sedap. Masakan ini sangat sedap dimakan bersama nasi putih yang panas-panas atau roti. Boleh juga dijadikan bekal untuk bawa ke pejabat kerana resepi ayam masak lada hitam ini tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah

resepi kepak ayam bakar yang sangat sedap

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah. Bahagian ayam yang paling digemari oleh semua orang terutama kanak-kanak ialah kepak dan paha ayam. Jadi resepi ini juga boleh digantikan dengan paha ayam. Kalau nak beli dekat luar memang ada jual, tapi kadang-kadang tu rasa tak sedap. Kebersihan penting ok. So, untuk jimatkan kos, saya cuba cari resepi kepak ayam bakar. Resepi ini saya belajar dari buku masakan, seperti biasa saya pasti akan olah mengikut selera sendiri.

Resepi gulai ikan temenung simple

Gulai ikan temenung

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi kegemaran orang Kedah. Resepi gulai ikan temenung simple. Saya memang berasal dari Kedah. Menu yang pertama saya masak juga ialah gulai ikan temenung. Dimana-mana saja anda pergi di Kedah, pasti ada masakan ini. Ikan temenung atau orang KL sebut ikan kembung ialah sajian masakan yang cukup mudah untuk disediakan.

Resepi nasi goreng sotong

Nasi goreng sotong istimewa

Hari ini saya ingin kongsikan satu menu yang mudah dan ringkas iaitu nasi goreng sotong. Saya memang suka makan nasi goreng. Selalu kalau takda masa saya masak nasi goreng kampung saja. Resepi nasi goreng sotong ini saya belajar dari salah seorang tukang masak tempat yang saya selalu makan. Rasa pedasnya pasti membuka selera anda. Lagi sedap kalau dimakan bersama sup kosong dan telur mata. Kalau tak ada selera nak makan, pasti saya masak resepi ini. Jika anda tak suka makan pedas boleh kurangkan cili api. Tak ada masalah.

Resepi puding roti istimewa

Puding roti istimewa yang sangat sedap

Kali ini saya ingin kongsikan resepi puding roti istimewa. Saya seorang yang gemar makan puding, tidak kisah apa jenis puding asalkan sedap. Memandangkan cuaca di Malaysia adalah panas, puding adalah resepi makanan kegemaran dan selalu dihidangkan pada waktu tengahari. Cuaca panas, kalau makan benda sejuk memang terbaik. Resepi puding istimewa kali ini saya belajar dari buku resepi. Seperti biasa, saya ni bukan jenis orang yang ikut 100% resepi, mesti nak olah ikut selera sendiri. Baru puas bila makan.

Pages